Friday, December 12, 2014

Khidmat Masyarakat Amalan Mulia

Kemahiran Insaniah

Nama : Nor Nadhirah Binti Rahmat
No Matrik Pelajar : GA01762
Emel : eira.wicci@gmail.com
Jawatan : Ketua Biro Multimedia
Nama Penasihat : Prof Madya Sr Dr Adi Irfan Bin Che Ani




RAINBOW merupakan projek khidmat masyarakat yang diadakan oleh pelajar berkembar UKM-UNPAD bertempat di Panti  Asuhan  Yayasan  Simpay Asih di  daerah  Jatinangor,  kabupaten Sumedang, Jawa Barat, pada tanggal 17 November 2013.

Pengenalan :

Pada awal mesyuarat, ahli jawatankuasa tertinggi telah dipilih mengikut sistem demokrasi:




ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN KENDIRI
Dalam usaha menjayakan Program Khidmat Masyarakat RAINBOW 2013 ini, saya telah memainkan peranan sebagai Ketua ahli Exco Multomedia. Tugasan utama yang telah saya dan ahli-ahli lain laksanakan adalah bagi memastikan wujudnya bukti perlaksanaan aktiviti program. Antara nilai yang dapat diterapkan dan diambil faedahnya adalah dari aspek sosial dan kebertanggungjawaban, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran menguruskan maklumat dan penerapan aspek pembelajaran sepanjang hayat.
1. Sosial dan Kebertanggungjawaban
Berdasarkan penerangan dan perbincangan secara berkumpulan yang telah dilaksanakan dalam kelas Kemahiran Insaniah di bawah bimbingan En. Qaiyyum, saya bersyukur  kerana berpeluang untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bumi garuda, Indonesia ini. Pada mulanya saya berpendapat peluang keemasan seperti ini tidak seharusnya dibiarkan berlalu tanpa mengambil kelebihan dan faedahnya sebaik mungkin. Berada di bumi asing ini mengajar saya bahawa kemahiran sosial harus diasah memandangkan kami sebagai pelajar asing di sini bagaikan rusa masuk kampung kerana kurangnya pergaulan dan aktiviti sosial kami bersama penduduk setempat dan juga pelajar tempatan. 
Penerapan pengendalian program masyarakat seperti ini adalah untuk melatih diri untuk lebih meningkatkan kemahiran bersosial atau bergaul dengan masyarakat. Walaupun berbeza budaya dan bahasa, namun saya berjaya membuktikan kemampuan diri dalam usaha mendalami budaya luar melalui percakapan dan penerimaan masyarakat setempat di sini. Saya berjaya mengatasi masalah kurangnya pergaulan sosial dengan masyarakat tempatan melalui penjayaan program ini. Ternyata penerimaan mereka terhadap warga asing seperti kami sangat terbuka.
Saya memupuk kemahiran tanggungjawab saya dengan menjalankan tugas saya sebagai exco multimedia iaitu dengan menyediakan beberapa video, untuk pelancaran perasmian. Manakala poster, risalah, tag nama untuk setiap ahli exco dan banting turut disediakan bagi menyebar dan memeriahkan lagi majlis tersebut. Tidak lupa juga rekaan baju untuk digayakan pada hari pelanjacaran tersebut.
 Penanda buku juga turut disediakan khas buat anak-anak di Panti Asuhan sebagai tanda semngat dan kenangan dari kami warga Rainbow.
 Setiap gambar yang diambil juga merupakan tanggungjawab saya dan ahli-ahli multimedia. Selain itu, hasil aktiviti-aktiviti yang diadakan juga hasil dari rakan-rakan seperjuangan.
Saya tetap berusaha menjayakan aktiviti tersebut sebaik mungkin memandangkan saya sudah memegang tanggungjawab tersebut. 
Dalam proses menjalankan tugas saya dapat merasakan nilai kebertanggungjawaban dalam diri setelah mengetahui keadaan sebenar penghuni rumah panti asuhan tersebut. Kini, saya mengerti maksud sebenar kebertanggungjawaban bukan sekadar terletak pada perlaksanaan tugas semata-mata, tetapi nilai tersebut merupakan salah satu aspek dalam kehidupan yang sewajarnya dilaksanakan atas kesedaran diri dalam usaha membentuk kepercayaan orang luar terhadap diri sendiri.


Banting yang telah siap dipasang bersama-sama Dr. Indah dari Universitas Padjadjaran (kiri) dan Dr. Suriati dari Malaysia (kanan)


Tag nama (kiri) yang dibuat khas untuk semua exco-exco terlibat dan Penanda buku (kanan) sebagai tanda kenang-kenangan buat adik-adik di Panti Asuhan.

    2.Kemahiran Komunikasi
Sebagai seorang pelajar perubatan di luar negara, penekanan terhadap aspek komunikasi amat dititikberatkan. Tambahan pula bidang kerja seorang doktor memerlukan seseorang itu berani dalam berdepan dengan masyarakat sekeliling. Sebagai pelajar asing di UNPAD ini, saya dan juga rakan-rakan seangkatan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan penduduk setempat atas dasar perbezaan bahasa yang amat ketara. Malahan untuk berhubungan dengan pelajar tempatan di sini juga merupakan satu masalah buat kami. 
Dalam Program Khidmat Masyarakat RAINBOW 2013 ini, saya dapat merasakan peningkatan dalam keyakinan diri untuk berhadapan dengan komuniti semakin meningkat memandangkan saya berupaya untuk berkomunikasi secara spontan dengan para penghuni panti asuhan tersebut walaupun terdapat halangan dari aspek bahasa. Anak-anak dan penghuni di Panti Asuhan juga memberi kerjasama yang baik kerana saya yakin mereka juga menghadapi masalah yang sama. Namun begitu, kekangan tersebut dapat diatasi dengan dua-dua pihak mempelajari bahasa antara satu sama lain. Kami juga berkongsi kata-kata semngat dalam bentuk lagu dan sorakan kepada anak-anak tersbut. 
Saya meyakini mereka amat menyukainya kerana terselah jelas dari wajah masing-masing. Justeru, saya meraskan bahawa projek kemanusiaan ini merupakan salah satu langkah untuk saya mendekatkan diri dengan masyarkat setempat dan berusaha untuk mengasah kemahiran sosial saya.
3. Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pengurusan maklumat boleh dikatakan salah satu cabang aspek yang rumit dilakukan. Namun begitu, Alhamdulillah saya berjaya melaksanakan tugas saya tanpa membelakangkan kepentingan menguruskan maklumat. Hal ini dapat dilihat semasa saya menjalankan tugas sebagai Ketua Exco Multimedia di mana saya telah mengikuti ahli-ahli exco yang terlibat untuk mencari maklumat mengenai keperluan dan meninjau persediaan tempat projek.
Manakala dari aspek pembelajaran sepanjang hayat, dapat disimpulkan bahawa pendedahan seawal semester pertama terhadap aktiviti yang melibatkan komuniti seperti program ini mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri. 
Saya berharap dapat menyertai dengan lebih giat aktiviti-aktiviti seumpama ini memandangkan program seperti ini bukan sahja dapat meningkatkan pengalaman dalam hidup tetapi juga meringankan beban bagi yang memerlukan tambahan juga dapat menyedari erti kehidupan seseorang atau sesebuah keluarga mahupun segolongan masayrakat.




Memori terindah yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan :)